Thursday, 17 January 2013

happy new year 2013

salam...hari ni 17 Januari 2013. Dah 17 hari jugak blk malaysia. Akibat kesibukan yg teramat, x sempat nk upadate blog..tau2 dah sampai malaysia. Kenangan selama 3 thn di brussels tetap terpahat dalam ingatan. Insyallah sikit2 nnt saya update cerita hari2 terakhir di belgium.

Cerita terkini? setelah merantau beribu2 batu, menjelajah keseluruh benua eropah akhirnya saya ditempatkan semula di MOSTI, (Kementerian Sains Teknologi & Inovasi). Paling menarik, kembali ke bangunan lama yg ditinggalkan sebelum pindah ke cyberjaya dulu. di tingkat yang sama pulak tu. tp sekarang bukan dgn jabatan standards lagilah..Alhamdullillah..enviroment yg saya familiar so x susah sgt nk sesuaikan diri. kawan2 pun semua baik2. diaorg rajin panjat gunung kat sini. tiap2 minggu diaorag ajak. tp ade je hal pulak every weekend.

Turun je kapal terbang terus kene melapor diri keesokkan harinya. biaselah hari pertama mesti duduk pool dulu. memandangkan saya masih jetlag..depa pulak letak saya dalam bilik mesyuarat baca magazine, ngantuk gilerlah jwbnya. mujur diaorg bg amik cuti 2 hari. cuti 2 hari adalah masa untuk pegi beli baju kurung dan sbgnya. baju wajib biler dh keje kat putrajaya ni. x dapat dah nk pakai seluar lg.

Rumah masih dlm renovation..sikit lg nk siap. kontena pun hujung bulan ni sampai lah. kereta pun x lama lg dapatlah. take time jugak nk adjust kt sini. dari segi cuaca dan makanan. pergh makanan x blh tahan..mcm2 ade..kalo dulu boleh je minum secawan kopi dgn croissant utk breakfast. skrg..mcm2 menu ade..pilih jer. kalau tghari, boleh dikatakan hari2 covered sebab ade meeting. kami2 ni tumpang lah sekaki (mcm biase)..hai alamat gemuklah x lama lg

brussels christmas market. december 2012