Monday, 14 May 2012

The amazing adventures of Egypt


Sudah hampir 3 minggu berlalu.  Pengalaman 5 hari di Egypt sangat2 tidak dapat dilupakan.  Maaf agak lambat menulis entry kerana kesibukan tugas. (giler formal..hehe) kali ni nk tulis bahasa majalah.
Pemergian untuk bercuti di Cairo telah dirancang sejak dua bulan lalu. Memandangkan salah seorang dr kami akan pulang ke Malaysia for good dan juga sempena melawat rakan yang baru menjadi penghuni tetap di cairo.  Penerbangan menggunakan Egypt air mengambil masa 4 jam sahaja dan tambang hanyalah sebanyk Euro 317.
Setibanya di Airport,,belum melepasi kastam pun lagi, sudah ada yang menunggu dgn tag nama kami. Kami medahului semua penumpang termasuk yg naik business class.  Airport transfer juga sudah sedia menunggu. Bagi saya yang biasa mengembara dgn back packers, percutian ini dikira amat mewah. Tempat tinggal juga disediakan bersebelahan dgn mall terbesar di cairo iaitu Citystars. Tidak dapat kami balas segala jasa baik pihak tuan rumah (walaupun ketika lawatan mereka pun belum dpt rmh).
Hari pertama kami telah melawat Egyptian Museum dan The Great Pyramid Giza. Cairo merupakan sebuah kota yang amat besar dgn penduduk mencecah 16 juta.  Jadi, cuba bayangkan betapa sibuknya jalan raya. Saya agak trauma setiap kali menaiki kenderaan. Bayangkan semua driver nk cepat dan sentiasa membunyikan hon..pit pit pon pon..pit pit 24 jam.  Mereka juga tidak mempedulikan langsung undang2 jalanraya. Sukahatilah nk melintas ke, nk panjat bas ke..janji jalan.  Jalan raya juga dikongsi bersama kuda, keldai yang terpaksa bekerja membawa sayur dan sebagainya. Sedih tgk binatang yg kene keje ni. Driver yg bawa kami cakap tak blh pandu perlahan..kalo perlahan nnt accident.  Jd, terpaksalah saya buat keje lain tiap kali naik kete, main game ke..etc etc, kalo tak mesti akan menjerit dan kaki lenguh asyik nk tekan break.
Egyptian museum sangat menarik. Segala barang peninggalan zaman pharaoh ada disimpan disitu. Termasuk la mummy2nya sekali. Selesai melawat museum, kami menuju ke Great Pyramid di Giza. Nak sampai ke pintu masuk..kenderaan kami ditahan dan diketuk sesuka hati oleh agent2 yang menyediakan perkhidmatan kereta kuda, unta dan sbgnya…sangat agresif, mujur dh buat booking awal.  Pertama kali Nampak Pyramid sgt terpegun..mcm mimpi boleh berada disitu.
Hari kedua melawat port said. Agak jauh dr Bandar Cairo. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Balik dari port said, sambung lg shopping2 . Untuk makluman, kedai buka sampai pukul 1 pagi. Bayangkan betapa meriahnya. Sangat jakun la bagi kami yang duduk Brussels sebab pkl 6 kedai dh tutup. Barang pula, Nampak sangat murah bila ditukar dgn euro. Semuanya dibahagi 8.* 1 euro – 7.9 egyptian pound
Hari ketiga melawat kilang crystal di Asfour Crystal kemudian ke Khan El Khalili, bazaar tertua dan bersebelahan dgn Masjid Al- Azhar. Ada kejadian yang tak dapat kami lupakan disini. Kisahnya, salah seorang dari kami memberi sedekah kepada fakir miskin dengan membeli roti dari budak2 yang mejual roti yang siap sedia di depan masjid dan budak itu akan bagi kepada fakir miskin di situ.  Sayu tenguk mereka berebut2 nk makan roti tersebut. Dalam diam seorang lg dari kami juga telah memberi sedekah..tp bukan niat utk beli roti. Budak arab ni dh salah faham dan telah meberi kesemua rotinya kepada fakir miskin itu. Tp duitnya x ckp lah.., disebabkan masalah komunikasi, kami bertekak dan terus menuju ke kereta. dia terus kejar kami untuk mintak baki bukan seorang tp ade dekat 10-15 org yang lain juga turut serta. Driver kami juga kene pau..puas berjalan laju menuju kereta. Sampai dalam kereta mereka terus mengetuk cermin kereta . Mujur ada beberapa polis yang standby di tepi jalan menghalau mereka. Sangat thrill pengalaman itu. Terus teringat cerita org yang melawat india, begitu juga keadaannya. Setelah penat dengan adventure, Malamnya pula, kami menyelusuri sungai Nil, sungai yang terpanjang didunia. Sambil makan malam di atas kapal, kami dihiburkan dgn tarian belly, suffi dan life band. Sangat entertaining.  Esoknya pagi2 dah packing utk blk semula ke Brussels. Sampai airport kami shopping lg untuk souvenirs.  Bukan kami x nk membeli di Bazaar atau Khan el khalili tu, tp malas nk bergaduh dgn tuan kedai. Kita mintak ni,,dibaginya lain..kita nk beli satu, ditunjukan satu kedai mmg rimas. Baik beli di shopping complex atau airport saje. Walau pun mahal, tp x perlu nk betekak2..hehe
Overall saya sgt seronok dgn segala macam adventures ni dan x serik untuk datang lg. Selain komunikasi, masalah lain dihadapi apabila bersama masyarakat ini adalah menghadapi dan melayan kerenah mereka. Sesiapa yang pernah berurusan dengan masyarakat di sini pasti biasa mendengar istilah ‘baksis’ atau dalam bahasa mudahnya ‘tips’.

Di sini juga, jangan berharap untuk meminta bantuan secara sukarela. Jauh lagi untuk mendapatkan pertolongan dengan konsep ‘lillahi taala’ kerana menjadi budaya masyarakat di sini semuanya berkehendakkan ganjaran, walaupun sedikit. Namun itulah kerenah yang perlu dihadapi apabila berdepan masyarakat Arab. Bukan saya mengatakan semua orang Arab begitu, tetapi boleh saya katakan majoritinya begitu.  

Sekian saja cerita adventures di bumi Egypt.  Gambar ade byk di facebook  saya..kalo ade masa saya letak jugak disini nnt 

Next trip, amsterdam, paris, london (bwk mama jalan2) Insyallah dua mggu lg