hidup ni x takkan pernah sudah dgn dugaan. walau mcmana berat pun seharusnya kita kenalah yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan kepada kita itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya. Ini bererti kekayaan dan kemiskinan itu adalah ujian dari tuhan untuk menilai sejauh mana ketaatan hamba2nya.
Apa yang penting kita perlulah bersabar dan bermuhasabah diri selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)
Sabda Rasulullah SAW, orang mukmin itu sentiasa diambang 5 dugaan yang susah :-
1- Orang Mukmin yang dengki padanya 2- Orang munafik yang benci padanya 3- Orang kafir yang memeranginya 4-Syaitan yang menyesatkan 5- Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.
Moga kita semua terus tabah menghadapi dugaan hidup. bantu org mana yang termampu, kerana mungkin hari ni hari dia, esk lusa mungkin hari kita pulak. Kalau kita pergi menghadap Ilahi nnt,hanya amalan je bekalan yang ada.
*motif tazkirah hari ni?...sekadar mengigatkan diri.

0 comments:
Post a Comment