Saturday, 30 April 2011

i love Istanbul

Kenangan di Istanbul sangat2 menarik. 6 hari 5 malam pun x cukup utk explore the whole city. badan pun belum cukup rest lg ni dan resultnya demam for the whole weekend plus cuti umum labour day. 6 hari tu jalan non stop..kuar pagi balik mlm.

Diterbangkan oleh Turkish Airlines dari Brussels. Kos dalam 266 Euro. Ape yang best istanbul ni, airport transfer by train only cost you 1.75 TL (turkish lira). Ke mana2 pun sama tambangnya. Tp malangnya cuaca sgt sejuk. Walaupun dh tgk forecast, i thought 12-13 degree kire oklah..surprisingly sejuk ya amat. Bwk cardigan pun light2 sajork. Akhirnyer terpaksa beli sweater. Kalo x de mmg x blh jalan. mungkin disebabkan kedudukannya di tepi laut dan di tgh2 antara europe dan asia.

Berjalan kat Istanbul terasa glamer sebab peniaga tu semua suka malaysia..jalan sikit.Malaysia? apa kabar..kabar baik. (sendiri tanya sendiri jwb) eheh. Tp kene jaga2 sikit sbb diaorg meniaga x letak harga..alih2 kite pulak disuruhnya letak harga. ala2 petaling street. once ko tanya..menjawablah smpai sudah..diikutnya sampai beli.

Gambar mmg byk sgt x terkata. maklumlah ade camera baru..heheh.excited lain macam skt. tp letak sikit2 je la kat sini. Sgt takjub setiap kali masuk masjid especially Blue Mosque dan Haghia Sofia.

Saya nk cerita pasal Haghia sofia dulu sebab Masjid ini dikatakan yang paling cantik di dunia. Aya Sofia ni asalnya Gereja pada zaman Constantinople dan berjaya ditakluk Sultan Mehmed II pada hari Selasa 27 Mei 1453. Sultan Mehmed II turun dari kudanya dan bersujud syukur kepada Allah, lalu pergi ke Gereja Hagia Sophia dan memerintahkan mengubahnya menjadi masjid yang dikenal dengan Aya Sofia.

Berbagai perubahan dilakukan agar sesuai dengan corak dan gaya bangunan mesjid. Pada masa Mehmed II (1444-1446 dan 1451-1481) dibuat menara di selatan. Selim II (1566-1574) membangun 2 menara dan mengubah bahagian bangunan bercirikan gereja. Termasuk mengganti tanda salib yang terpampang pada puncak kubah dengan hiasan bulan sabit.

selama hampir 500 tahun lamanya Hagia Sophia berfungsi sebagai mesjid. Patung, salib, dan lukisannya sudah dibuang dan ditutup dgn cat.

Pada tahun 1937, Mustafa Kemal Atatürk mengubah status Hagia Sophia menjadi museum sampailah ke hari ni. bayaran masuk 20 TL = 10 euro atau RM40







selain Haghia Sofia tempat lain yg menarik ialah Masjid Biru, Topkapi palace (kat sini ade tersimpan barang2 tinggalan Nabi Muhamad SAW termasuk beberapa helai janggut beliau, Grand bazaar (ade lebih 4000 kedai kut), Spice Bazaar, Masjid Sulaiman, Bospohorus cruise (dapat tgk asia, europe, black sea) dan byk lg la tmpat.

Makan mmg x de masalah langsung tp jemu jugak hari2 makan kebab. Kalau sampai Istanbul wajib makan sandwish ikan dkt area Bosphorus. sedap giler dan jgn lupa minum teh-o or org sini panggil Cay (sebutan chai). Kuih yang manis tu pun sedap giler. Namanya Batlava. Kat brussels pun ade jual, tp x penah nk minat cuba..rupanya best jgk tp manislah skt.

bab shopping mmg best tp kene hati2 sbb mmg diaorg suka hati letak harga. Turkey fomous with their carpet, glass lamp, porcelain, sarung kosyen, kilim, batlava etc..kalau guna duit euro ni mmg rase untung la sbb barang jadi setengah harga semua. 1 euro = 2.2 something lebih kurang RM dgn singapore dollar.





Wednesday, 20 April 2011

the one with the bicycle

minggu basikal.

1. from sterebeek-kraainem-woluwe saint pierre-tervuren-african museum
2. from 9am-3pm
3. sun and shiny day + beutiful scenery
4. penat nak mampus
5. end up diarhhea (lps cycling makan ayam msk merah, kurma kambing, durian, etc..
6. x dapat tido sbb lbh 10 kali msk toilet
7. dapat mc...hehehe













it was a very enjoyable day though. x sangka plk end up tercirit biritan..hehe. igt sakit2 badan je. Maybe dh dehydrate sgt pastu terus mkn yg pedas2.

Friday, 15 April 2011

makan sodap

bahagia tul makan mggu ni. Pn Azimah, my ex boss telah bermurah hati mengirim sekotak makanan kg negeri sembilan. Pn. azimah pun mmg org negori jd dier sgt memahami selero ank buah dier ni.hehehe..best giler dpt ikan sembilang salai, daging salai, siap dgn cili api, kunyit hidup, daun gelugur, pucuk ubi, jering..pergh mmg meriah makan di brussels seminggu dua ni. dah lama sgt x merasa mkn best mcm ni.



ikan sembilang salai masak lomak cili api

Thursday, 14 April 2011

first attempt

oleh sebab2 yg x boleh dielakkan. gambar2 party pink x dpt diupload sini. sbbnya party tu khas utk pompuan je, and we all semua x pakai tudung. but its ok lah..i have byk lg picture lain.

remember that the gadget that i wanted to buy. beli dah pun. i bought Nikon DSLR D3100. Hmm puas hati la posing pas ni. Sesuai plk musim bunga skrg ni. kat mana2 jalan pun ade bunga yg sangat cantik2 dan sgt rugi kalo x diabadikan. Harganya pun sgt reasonable.

ni antara hasil nya. still belajar2 lg. Pix are taken arround my house.






Thursday, 7 April 2011

paris part 2

salam..bestyer cuaca hari ni..matahari memancar-mancar and its 17 degree,,sangat nyaman. Tiap-tiap petang blh jogging. thinking of buying new gadget..x esk lusa mesti beli. will reveal soon.

so, sambungan story ke Paris. It only took 3 hours to paris by car. Lalu satu toll 13.30 euro..sampai la ke kota paris. Bertolak pkl 7 pg. sampai dalam 10.30 terus parking kat Champ elysee. Ambik gmbar kat Triumph of Arch pastu tunggu our tourist guide..heheh.. x lah tourist guide actually, a friend of mine. senang sikit ade dier tunjuk jalan. Since ini lawatan ke dua, x lah amik byk sangat gambar. amik kat tmpt mana yg x pegi ari tu je la yg lebih. mcm museum the lourve. lenlain dh pegi pun. pastu ke tempat wajib dan keramat (for me la kan, kes kene pickpocket) Eiffel Tower. Masih lg trauma dgn kawasan ni. Ramai penyagak arround..i know..so, x lama la sini..20-30 minit je kut. then we had lunch kat satu kedai pakistan. biryani la ape lg.

On the way balik, kami singgah pulak factory outlet. Marneela valle, paris. Syok jugak sini. tp rasenya Roermond (Netherlands)lg best. Im not buying anything pun..memandangkan gaji x masuk lg..hehehe. so itu gini..pkl 10.30 mlm smpailah rumah. Then esknya pkl 4.30pg kene bangun dan hantar Pn. azimah ke Airport. So, tamatlah bab bawak delegates tour. Next..pink party





Tuesday, 5 April 2011

the isb bazaar year 2

salam..minggu yang sangat bertenang. Akhirnya habis segala function before dato and datin said goodbye. Balik je dr Amsterdam last week tu, terus prepare untuk masak for International festival bazaar plk. me kene masak sambal for nasi lemak. 4kg bawang ok. mmg hazab la rasenyer..ni kali ke2 masak sambal (agaknyer badi nickname sambalgesek prada tu yg kene masak sambal je). disebabkan mmg masa terlalu pack, tiap2 malam ade dinner, terpaksalah masak after dinner..start pkl 11 mlm pkl 2 pagi baru masak..huhu..sambil2 masak tu duk membebel..apalah nasib di perantauan mcm ni.hehehe..akhirnya siap jugak satu part. Part 2 ade lagi. kene buat kuih ketayap pulak 50 pieces..giler ahh...x penah hidup buat kuih ni..tau2 kene buat utk jual plk tu..jual kat omputeh plk tu..can u imagine..nasiblah ade kawan2 yg tlg. especially nurul and faten. buat kuih ni plk kene buat pkl 4.30 pg..sebab kalau buat malam takut basi plk cpt. akhirnya siap jgk la 50 pieces..

pagi sabtu 26/3/2011 bermulalah IF festival. Mcm biasa, booth Malaysia mmg sentiasa crowded. diaorg mmg tunggu2 nasi lemak and mee hoon goreng. terutama Korean, mmg gilerkan mee hoon tu..siap bwk bekas sendiri yg x tahan tu. Alhamdulillah thn ni byk jgk dpt untung. masuk akaun PERWAKILAN la kan. nama pun charity..thn ni me shif pagi, selalu tggu jgk smpai petang, thn ni mmg x larat dah..bak kata usop wilchar tu, bateri kaki udah tinggal satu bar..heheh..pkl 1 tghari dah cabut. blk terus tido smpai pkl 6...ambil gambar pun ala kadar je la. x habis lg citer hari sabtu ni. Mlm tu pulak ade meeting dgn boss yg dari KL tu. terpaksalah amik minit dgn mata ala2 separuh terbukak. Esoknyer boss ajak g paris pulak..kene bangun pagi lg..





sambal dah masak satu kawah