Wednesday, 14 December 2011

New chapter

Dah x de hati nk berblogging sebenarnyer. Tp just to upadate, im doing fine. Terpaksa sibukkan diri dan mmg sibuk pun hujung2 thn ni utk mengurangkan kesedihan. Terima kasih kawan2 yg banyak support. Dh mmg tertulis Allah pinjamkan parents saya setakat itu sahaja. Saya redha. Walau camana pun kehidupan harus diteruskan. Looking forward for the new chapter in life. Wish me luck!

Saturday, 3 December 2011

Ku mohon

Ku Mohon
Artist: Sheila Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Friday, 4 November 2011

the one who loss...

i really dont know how to write about my loss. im lost. when i lost my mother 7 years ago it took me years to get stable..adleast i have my father during that crucial time..but when i lost both of them..i felt empty.

9 oct 2011, sending abah to schipol airport. i really felt sad that day..felt something strange. i nearly cried when i kiss him and say goodbye. seems like i cant see him anymore..its real i really cant see him anymore.

16 Oct 2011,Im doing my routine calling my dad to know whats his doing..he said he just watching a tv and his ok..he also happily tell me that his sugar level is dropped to 4.2 which is good. he also told that he lost his appetite..he not yet lunch even its already 4.30pm that time, then i ask why..he doesnt know..then we keep on talking. before i hang up, he keep on asking me wheather i have anything else to talk about. things that he rarely do..he used like to hang up even i not finish talking. That was the last day i heard his voice..never thougt that was the last

17 Oct 2011, while im still asleep, my sister called and told me the news that i dont want to hear..abah passed away. rasa mmg x percaya..baru seminggu lps hntar abah kat airport, baru ckp dgn abah the day before, then tgk message on facebook. cousin dah tulis kat wall pun half and hour before. it was so saddaned..abah x pernah ckp dia ade masalah jantung..or maybe dier sendiri x tau. pengorbanan paling besar dalam hidup when you abroad, you cant attend the funeral at all. as for me..besar dugaan nk blk, it took me 2 days to reach malaysia, dgn kapal terbang cansel, delayed, then miss the connecting flight. puas menangis kat airport sorang diri. mujur ade yg simpati

Alhamdullilah walau x dapat menatap jenazah buat kali terakhir..peluang dapat bersama arwah dua bulan sebelum dia pergi adalah rahmat paling besar. tiada siapa menduga..if only i knew. Arwah pegi pun dengan tenang ..masa tido..along kata arwah senyum je.

Perhaps i still feel that none of what has happened is real — as if it is all a bad dream. Dont know how many times do i need to slowly accept what has happened.

Not only have i lost a parent; in a way, i feel i have also lost a part of my past. My parent is my trusted adviser, role model, and my closest friend. Without them to fulfill all these roles, i suddenly feel very alone.

Hanya doa dapat kuberikan abah dan emak..i deeply miss both of you :( Al fatihah

Monday, 17 October 2011

Al fatihah

Janji Allah tiada siapa yg tahu. Semoga arwah abah tenang di sana. Adik sentiasa rindu kan abah. Al-fatihah

Wednesday, 12 October 2011

autumn blues

Abah dah selamat blk kg semula. sunyi pulak dia takde..kalo tak, ade jugak org kat rmh tu. lagi pun dh dekat dua bulan duk dgn dier sejak balik raye hari tu.

Nk dijadikan cerita sehari sebelum blk tu, we all nk keluar breakfast sbb ade kawan nk belanja dan jumpa abah sekali. pagi tu hujan jalan pun licin..selalu mmg jln sebelah abah je..sebab dier x brp nampak tp dh nk sampai ke tram station tu..me ke dpn sikit je sebab nk tgk schedule tram..pusing2 tgk abah dah terjatuh..teruk jgk..berdarah muka dan kaki..adoi..terus kansel semua plan. Ingat nk bawak dier pegi brugge jgk lps breakfast tu.

Mujur mmg dah request MAS meet and assist. Sampai je Amsterdam terus pegi ambil wheelchair kat dier. check in pun dpt kat first class. Senang sgt service ni..lepas check in tu, just tggu staff yang akan bwk abah sampai ke tempat duduk dlm kapal terbang. Sampai Malaysia pun ada staff dari KLIA plk tunggu..amik beg, jumpa abang dan terus hantar smpai ke kereta. Mmg terima kasih sangat kat MAS sebab sediakan service ni, kalau tak kesian kat warga2 emas or org kurang upaya yang travel alone.

So, citer brussels..dah back to the typical weather.. hujan dan sejuk..baru betul2 autumn. ni dah seminggu hujan..duk rmh je la jwbnyer..sejak abah blk ni,,masak pun malas..huhu. I also would like to thanks my friends yg byk bantu masa abah kt sini especially faten, en syukri, en azman and all. Merci beucoupe ;).


bye abah..take care

Monday, 3 October 2011

weekend in london

salam..im back heheh

since my father ade kat rmh ni..rutin pun agak sibuk. selain sibuk dgn kerja yg sebulan ditinggalkan, kene masak plk utk org tua dirumah. breakfast, lunch, dinner semua kene siap. kalo duk sorang blh gak skip2. pagi sblm pegi keje kene siapkan breakfast dan lauk utk tghari, then tghari blk lunch. petang plk masak utk dinner. Anyway saya enjoy. bukan selalu abah dtg pun.

citer pegi london last week. bertolak tghari naik eurostar. dapat tiket murah dalam 80 euro sorang return. kalau tak mesti 200 euro lebih. since dah tiket ketapi murah hotel mahal la skt. mula2 nk duk malaysia hall, tp last minit student plk ramai. so, keutamaan mmg kat student la. lgpun hostel leceh pulak abah nk tido nnt. so i chose Premier Inn. Hotel ni dekat St Pancras International Railway station, so kalau naik eurostar tu jalan kaki dlm 3-4 minit je. Hotel pun selesa. nk ke city pun senang, tube ade double decker bus pun ader. Ronda2 semua naik hop on hop off je. senang..kali ni cruise smpai ke greewich. tp yg sedihnya x sempat pun turun shopping kat oxford street. X ckup masa lgpun jalan dgn abah yg sakit lutut..terpaksa slow and steady. nasib bas hoho tu singgah harrods. dpt jgklah beli beg.

What i like about london?..orgnya ramah..semua pun nk tlg, ckp pun senang, mkn pun senang, souvenir pun byk tp yg x best euro nk tukar ke pound tu letih skt. apalagi la kalo RM ke pound. hmm. Thn dpn kene pegi lagi sekali la..








Wednesday, 21 September 2011

the one with family and friends

salam Aidilfitri..


phewwww...it has been a month x update ni. Now baru dua hari start kerja after a very longgg hols kat kg. abah pun ade with me now until mid october. Saje bawak dier berjalan. ad least sampai gak dier ke europe. Sedih jugak tgk abah dh semakin uzur,,mata dh x brp nmpak..lutut dah sakit. Insyallah blk nnt dier buat operation mata.

Blk kg kali ni byk betul kenangan pahit manis. Yg manis dapat jumpa saudara mara, kawan2 lama, kawan2 yg blk dr brussels (kira mcm reunion la), enjoy makan, and shopping..huhu byk giler rm yg terbang. Nasib baik ade mama (mak angkat) yang byk jd driver hantar ke sana kemari. Yg pahitnya..my beloved wan (nenek) meninggal seminggu lps raye. it was really sudden to us since she looked healthy during raya. Tapi, puas hatilah jugak sebab dapat jumpa dan dapat mandikan dan cium arwah buat kali terakhir. Wan ada 10 anak, 33 cucu dan brp belas cicit. Mmg big family. Now, me dah x de atok, wan, mak anymore.

Terkilan jgk x dpt jumpa my bff (u know who u are). 28 days seems to short for me. Yg mana dtg rmh dptlah jumpe. Insyallah thn dpn jumpa lg. im back for good end of December 2012. Mintak2 blk on schedule la.

weekend ni bawak abah pegi london. my 2nd trip..i just love LONDON ;)


home sweet home

last picture with wan

my family (without kakak yg amik gmbar)

with my cousins. (pakcik kembar dgn arwah mak)

with my ex lecturer

with my ex boss and family

saiful and jamil (kenkonon rajin la tu)

with kak cik, tj and shazlin..dah puluh tahun x jumpa shazlin

with abah sblm terbang ke amsterdam

Wednesday, 17 August 2011

salam aidilfitri 2011



SALAM Ramadan dan Aidilfitri diucapkan untuk seluruh keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Salam sayang, Erni Fariza, Brussels, Belgium.



from Berita Harian 17/8/2011
thanks siarkan my picture..heheh. Gambar thn ni posing pelik skt kan..taken infront of grand place, the most visited place in brussels. masa tu baru2 turun snow..gmbar pun snowy gitu.

3 days to go...

Monday, 15 August 2011

Norkumalasari - Pulang di hari raya

The one who tercherry berry

Salam. Alhamdullilah hari ni dh masuk 15 Ramadhan. Walaupun jauh diperantauan, berbuka di sini tak kurang meriahnya. Boleh dikatakan setiap hujung mggu ada je jemputan. Macam2 kuih keluar, kuih kaswi, kuih lapis, kuih kak lopez mengalahkan param dah. Tp risiko jgk berbuka kalo makan mcm2 sgt ni. Perut i ni dh la sensitif. Hari ni dekat setengah hari duk dalam toilet je huhu.. Nk bukak pose sayang. Mmg kering kontang la badan ni. So, hari ni mkn sup ayam je. Mknan org sakit.

5 days to go. X sabar betul nk blk kg ni. Lalalala

Monday, 8 August 2011

Puasa di europe year 2

Salam Ramadhan.

Hari ni dah 8 Ramadhan. Alhamdulillah tahun ni, tahun kedua berpuasa di bumi europe. So far so good walaupun kene puasa 18 jam. Lepas blk keje pkl 5, masih sempat tido, masak, tido blk tp belum masuk juga waktu berbuka..hehe. Inilah masanya nk mencuba mcm2 resepi. kalau dulu kat malaysia takdepun teringin nk buka dgn kuih tradisional ni bagai. kat sini tekak ni mengada2 pulak mintak mcm2. contoh, kuih kak lopez, kuih ketayap, kuih buah melaka..aishh..terpaksa bereksperimen. ade yg jd ade yg tidak

Saya sgt rindu suasana berpuasa di Malaysia.

lg 2 minggu...

Wednesday, 27 July 2011

The one with new bicycle...;)



recap last week

1. Cik jem dah selamat balik malaysia. Majlis makan2 still continue smpai jumaat ni, sempena menyambut ramadhan dan pengantin baru (azli dan ana)


rombongan hantar cik jem blk for good di Schipol Airport, Amsterdam

2. Baru beli basikal. Scott sub 10. cool giler



ronda-ronda smpai city..

BBq rumah encik Shahril (head of chansery)



Masa Belgium National day..with adik aka syahirah

- Summer sgt x best thn ni. Sejuk dan byk sgt hujan
- Counting days nk blk raye ;)
- sudah mula packing.. sorry x dpt nk melayan kiriman2 org..(yang x masuk akal pun ade jgk) im single x byk barang blh bwk lor..
- Agak pokai sbb july summer sales ni..huhu

Nevertheless kalo x sempat update lg, Wanna wish semua org selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..(mesti best berbuka di Malaysia kan..huhu) dpt seminggu je merasa thn ni ni. Kat sini biaslah sahur pkl 3 buka pukul 9.30 mlm..dugaan..

Monday, 18 July 2011

il pleut a bruxelles

it was not very much likely weather this summer. it has been raining all over the week. However, all activities must be completed as schedule.


friday night - movie with faez (harry potter) cool


Saturday - farewell party (mdm Asha house)





Sunday - garden farewell party (Pn Nora's house)
A very nice weather before all of us ran inside the house coz of the plui (rain);)

Tuesday, 12 July 2011

The one with grey hair :(

I was looking through my hair today and saw about 5 of them. I don't think I like it. I'm not sure.
Am i that old. When do you first saw yours?
Ada byk sebab punya rambut beruban, keturunan, makanan, stress, peningkatan usia. Hmm seems semua pun blh sebsbkan uban2 ni hinggap di kepala ku. Walaupun selai dua tp rase down la jgk.

Berikut saya ingin kongsikan kata bicara Dr H.M Tuah Iskandar berkaitan uban dikepala untuk penyedap hati hehe..

Uban yang Membahagiakan
 
Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula. 

Usah hairan, hidup memang macam tu. 

Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.” 

Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memotong secara berbahaya lalu terpaksa membrek. 

Apakah ketika itu tidak terasa seperti diperkecil-kecilkan? Ketika berada di satu majlis, lantaran orang sudah tidak begitu kenal, lalu dibiarkan bersendirian. Ketika anak-anak telah dewasa lalu berpindah, orang gaji pula tiba-tiba sakit, terpaksalah menyediakan minuman pagi sendiri padahal selama ini benar-benar tuan besar. Kalau pun dia seorang yang sangat agung, sedari kecil hinggalah dewasa memiliki segala-galanya hingga tidak mungkin nyamuk pun hinggap, tatkala di Makkah apakah masih boleh berasa seperti itu? 

Katalah dengan kuasa dan hartanya dia boleh meletakkan dirinya ke tempat paling istimewa, tatkala melakukan tawaf dan melihat Kaabah apakah merasakan dirinya masih di atas? Nah, itu bukti menunjukkan putaran hidup sentiasa berlaku. 

Usah degil untuk tidak mahu mengakui usia yang semakin pendek. Usah hirau dengan uban yang semakin banyak. Usah terlalu ego asyik hendak bercerita tentang kejayaan masa muda sedangkan hari tua amalan semakin sedikit. Maklum, kekuatan sudah pudar, kesihatan juga hambar. Memang uban tidak boleh disinonimkan dengan ketuaan sebab bukankah pada usia 30-an sehelai dua uban mula mencelah-celah di sana sini? 

Kehidupan masakini menyebabkan stres lebih kerap berlaku, maka ini salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam. 

Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. 

Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya. Tumbuhnya uban ibarat turunnya putaran roda. Ia dikatakan isyarat ghaib terhadap usia yang mungkin semakin pendek. Nisbahkan pada kehidupan dunia, ia ibarat juruingat dan jurunasihat bahawa setiap detik adalah usia dan apa yang dilakukan dalam usia – turun dan naik, turun dan naik. Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting untuk diberi perhatian pada keadaan seperti ini: 

1. Semak diri dan tanya hati; siapa aku, hendak ke mana aku, di mana aku, apa yang boleh aku lakukan untuk ‘besok’. 

2. Kenang-kenang masa yang telah dilalui dan berbahagia serta berbanggalah dengan semua pencapaian serta kongsikan dengan orang lain mana-mana yang boleh. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “ALLAH berfirman, Demi kemuliaan-KU dan kebesaran-KU tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia AKU beri aman di Hari Kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia AKU takutkan dia di akhirat (hari Kiamat).  Riwayat Ibn Hibban 

Jika uban telah datang tetapi sejarah silam hanyalah hitam atau putih yang rasanya tidak pernah kelam walau sekali, uban hari ini adalah detik mula untuk muhasabah diri. Meniti usia berbaki bukan mesti miskin bakti dan kecil wawasan. Selagi usia masih ada ia perlu digembeleng untuk kecemerlangan. 

-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj- 

Monday, 4 July 2011

Signs You're a Shopaholic

The July summer sales officially begin, and happily there are alleged “colorful discounts sign shoots” sprouting along Rue Nuef and Avenue Louise, or even stockel (all these places are in brussels). e Question is: Where’s the line between frisky buying and ruinous buying? someone who buys things because it feels good, and to hell if they aren’t needed or affordable?

7 Signs You're a Shopaholic

1. You buy things even though you can’t afford them.
2. You believe others would be horrified if they found out about your spending habits.
3. You write checks even though you know there’s not enough in the bank to cover them.
4. If you have any money left at the end of a pay period, you feel compelled to spend it.
5. You make only the minimum payments on your credit-card statements (if you make any at all).
6. You feel anxious or nervous on days you don’t go
7. You buy things to make yourself feel better.

If some of these don’t really apply, or if all of them apply but only now and then, you can chill: It’s likely that you’re just suffering from a mild case of frugal fatigue, from which most people eventually recover and live to shop another day.

God saves me ;P



Tuesday, 28 June 2011

The one with new gadgjet

salam. Lama sudah tak update. Sejak balik barca byk betul keje kat office. Rase macam dh x mampu dh nk buat. Theres a lots lots of additional works to do. I am now have to do all the accounting work as well. Proses voucher from a-z mana dgn routine work lg. Memang bkn senang nk senang..dont felt like i am a PA anymore. :(. By the way received an email from a PA yg bakal kene posting. She,s asking few tips and what preparation to do. Just like me before but a bit weird on how she track me. Rupa-rupanyer my name ade kt kln website..x leh lari la

No wonder. X habis lg citer kat dier. Sibuk semendang..

However, at times im still enjoying my short life. Byk majlis mkn, farewell, bbq not to forget karaoke. And the most awaiting month. July summer sales yay!. Cuaca pun sgt panas skrg. 32-34 celcius mengalahkan malaysia plk

Paling best, At last, after a few attemps, my lovely ipad2 savely arrive brussels ;). Mmg order online kat malaysia sebab harga malaysia jauh lebih murah. Bos besar plk tu yg tlg bawakkan. Kebetulan Customs DG and delegates attending a meeting in brussels. Disamping ikan bilis ipad pun ade. Mmg puas hati and best giler... At the moment, im not subcribes to any gsm provider since kt rmh dh ada wifi, office pun ade. Plus ade black berry lg. Still mengodek2 lg applications yg ade. Memang cool lah!

Sunday, 19 June 2011

Holla barcelona

Plan ke Barcelona dibuat tak sampai dua minggu. Last minit my travel buddy jumpa tiket murah. Spain salah satu negara dalam my list wajib pegi. Arwah mak pernah sampai Madrid. Anak dia sampai Barcelona pun ok dah. Barcelona sememangnya ada byk tempat untuk dikunjungi. Empat hari cukup dah untuk cover the whole city. Tak payah naik bas HOHO pun. Seronoknya travel masa musim summer ni, waktu siang panjang, tambahan pulak kedai kat sini tutup lambat tak macam Negara Europe yang lain. Pukul 9 shopping mall masih bukak. So first day dah dah boleh ronda along Rambla and cantalunya. Kat sini ada Cassa Battlo, casa milla and semua high end boutique macam LV, Gucci, Prada dan termasuk HQ Zara. Zara sini murah sikit maybe sebab memang asal usul dia dari Spain. So, terbeli jugak la sehelai seluar ;). Tak lupa jugak Hard Rock Café. Barcelona la paling senang nk cari HRC. Bought 5 t-shirt from here, kiriman org dan collection sendiri.

Cassa Battlo


HRC

Public transport, macam biasa tip top. Second day melawat sangrada familia, Barcelona Cathederal, Placa Musica, The Arc de Triomf, The Torre Agbar (38-storey tower), dan the column kat port vell. Kebanyakan bangunan adalah hasil tangan architect terkenal Antonino Goudi. Macam Sagrada Familia tu masih belum siap sepenuhnya mungkin tahun 2020 siap tulis kat situ. Goudi mati eksiden dgn tram..sian


Depan Sagrada Familia

Third day melawat parc guel, monjuic (both place atas bukit) penat mak. Mujur Monjuic ade cable car. Then pegi Palau nacional (mcm putrajaya lebih kurang tempat ni) pun atas bukit jugak. Finnaly pegi camp nou or Barcelona Stadium. Nak masuk kene 19 euro, ambil gambar kat luar pun jadilah ;). Memang meriah la sana sini org pakai jersey barca, baru menang kan. tp harga jerseynya agak biadaps sikit..heheh..mula2 nak beli pastu x jadi. Then before heading back singgah balik kat tepi laut di port vell dan jumpa satu shopping mall yang sangat meriah. Meriah sokmo sini.
Last day cari museum piccaso. Malangnya tak sempat nak masuk sebab dah nak kene pegi airport.









Anyway, Barcelona sangat best and worth to be visit.
Mucho Gracias, Hasta pronto !

Thursday, 9 June 2011

Ola barca!

im off to barcelona, spain from 10-13th June. last minute plan. Will be back with full of pictures and stories.

Monday, 6 June 2011

APWA 2011

Saturday, 4th of June 2011, the ASEAN Pacific Women Association (APWA)bazaar.
I had to cook rendang this time around. collaboration with nurul. 8 kg..done and selling fast. The atmosphere not really happening as last year, maybe due to the long hols..and the good wheather



Wednesday, 1 June 2011

End of Spring

Hai malasnyer nk update blog. Alhamdulillah dh selesai mengganti puasa. tp amatlah menyeksakan puasa musim2 nk masuk summer ni. Maghrib masuk pkl 9.45 mlm. sampai lembik nk tunggu waktu berbuka. Byk betul aktiviti lately. Every weekend ade je program. Ade Brussels Marathon, Tervuren day, BBq sana sini..x campur org ajak pegi shopping kat outlet lg..hancus budget bulan ni..

With this beautiful weather, approximately 22 degrees above, i really cant resist to run every evening..best sangat