Tuesday, 23 December 2008

working overseas part 2

remember my posting about working overseas? well i'll tell u why i wrote about it. last month, i 've been attending the interview for working in pejabat perwakilan malaysia in overseas. when i attend the i/view, actually i just want to see my own potential or just want to gain the experience what they will ask or what so ever but when i recieve the leter yesterday, x sangka pulak BERJAYA. so, now the feeling bercampur2, pergi ke tak pergi...i always hv an option, if i didnt go, i still can continue futhering my studies here..mcm biasa, if i go i might face the new experience with the new enviroment and have to leave everything here, my family, my friends....phuhhhh..really hard man..Now, x tau lg dpt kat mana and when will i go, just wait for the next letter...shall i go??

Friday, 19 December 2008

update 19 dec 08

Finnally result exam dh kuar. thats mean masa utk bersuka ria pun dh tamat. :(. Alhamdullillah my result quite ok. capai jgk 3 pointer above. to maintain, really need more focus and sacrifice. last sem rase mcm blur je. belajar pun last minit. Nasib lecturer byk tolong.
Tahun baru pun bakal menjelma. my new resolution? x payah pun x pe. sbb x pernah tercapai pun. huhu. just that im happy now with someone yg tiba2 muncul in my life. someone who really far away..someone who really cares about me..someone who really understand me. you know who you are. im sorry if i hv hurt you all this while.

Friday, 12 December 2008

someone who really love you

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu tu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

anda dah jumpe? me, rase2 half of this point. thanks love ;)

Wednesday, 3 December 2008

photofunia

get creatif






get it at http://www.photofunia.com

Tuesday, 25 November 2008

biler sayang

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yang org tu kata
Tapi bila dia kata kita?
Hati kata takpe manusia tak sempurna
Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun tak pe
Tapi bila dia tunggu kita???dia marah2
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu
Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun tak pe layann dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan
Ada dia layan kita?
Hati kate tak pe dia busy kott
Biler kita sayang orang tu
Kita gaduh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata tak pe, dia tension tuu
Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia gayut dengan orang lain
Bila jadi cam tu
Hati kata, tak pe, dia ada hal nak cakap dengan kawan dia
Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia,cerita dengan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita dengan kita
Kita dengar, semua kite ingat
Hati kata tak pe sayang katakan…
Bila kita sayang orang tu
Kita dengan dia lapar
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, kesian dia….
Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan
Hati kata,bukan selalu pun..
Bila kita sayang orang tu
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap kuar dengan kawan2 dia,
Hati kata, ala tak pe,tak kan dia nak berkepit dengan kita 24 jam
Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sndri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata tak pe, dia memang macam tu kena lah terima..
Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia selamanya
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit,
dia kata kat kita,sakit biasa2 je,
jangan nak mengada-ngada
Hati kata,macammanalah dia bila kita tak ada,
mesti dia gembira....... ;(


p/s: bila kita sayang orang tue, macam2 kiter sanggup buat utk diakan..tp ape yang orang tue buat pada kiter utk buktikan dia sayangkan kiter???Tepuk dada tanye hati..selami jiwa hayati sanubari..semoga berbahagia...

Monday, 17 November 2008

yay dh abis exam

finnaly abis gak pekse..resultnyer x tau ler lagi..hope ok2 la hendaknya. selama 4 bulan lebih ni rase mcm terkonkong je hidup. blk keje dh nk kene wat assignment la prepare utk exam la, presentatin la..huhu..rase merdeka betul skrg. bulan 12 ni start le blk. skrg bolehlah cuti sekejap dr memikir pasal belajar.

ni gambar few of my friends yg sama2 belajar. kitaorg kire satu kepala la jgk.





Thursday, 6 November 2008

Solat Istikharah

(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

untuk yang lahir bulan ogos shj

Berdasarkan kajian oleh Y.Bhg. Dato Dr. Fadzilah kamsah

OGOS

- suka berlawak

- orang yang mudah tertawan kepadanya

- sopan santun dan caring terhadap orang lain

- berani dan tidak tahu takut

- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan

- pandai pujuk orang lain

- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego

- nilai harga diri yang sangat tinggi

- dahagakan pujian-pujian

- cepat marah dan mudah mengamuk

- mudah marah apabila cakapnya dilawan

- mudah kasihan pada orang lain

- cepat cemburu

- daya pemerhatiannya tajam dan teliti

- fikiran yang mudah berdikari

- suka memimpin dan dipimpin

- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat

- cepat sembuh bila ditimpa penyakit

- belajar untuk relaks

- ada sikap kelam kabut juga

- romantik, pengasih dan penyayang

- suka mencari kawan

- cepat berfikir dan teliti

Thursday, 30 October 2008

tense..

wow..its been a while since my last post. the motif im posting the working overseas post only can be reveal when the appropriate time come. i'be calling this month as a exam month. uitm final exam and ptk exam. i MUST go for a holiday after this. im realy tense..looking forward to go somewhere..

Monday, 20 October 2008

Why Work Overseas?

Working overseas can be lots of fun or a disaster depending, of course, on where you are and what kind of job you get. But there are a few things that can be said about the experience that will apply no matter where you are and what you do

Experience the Local Culture

While tourism is great, there’s nothing quite like settling down and really getting to know a different culture. No matter how un-touristy you try to be, when you see city after city in country after country you’ll get, at best, a skimming off the top of what an area’s true culture is like. Living in one place for a while will give you a glimpse into the daily life of the people. You will make friends there, eat local food, learn to love their weird music and perhaps pick up some of the language.

Personal Growth

I always say that the best way to get to know yourself is to take yourself out of yourself. Take away all the things you are familiar with. Step out of your routines for a while. When you have only your wits and your backpack to keep you afloat, things suddenly become much less complicated. It’s very hard to lie to yourself about who you are when you’re travelling. For good or bad, your true colours will come out and you will grow as a person as well. When you are in an unfamiliar place, everything becomes a challenge and meeting those challenges will give you confidence and a sense of accomplishment. Staying in one place for a while will magnify those benefits. Being able to build a life for yourself far away from anything you are used to is a huge triumph, one many people would never have the courage to even undertake.

life-long memories

Any travel you do is bound to provide you with memories you will cherish forever. In my opinion, however, mixing working and living with travel provides a much richer experience than travel alone. Not only will you have the highlights of your trip, the things you would do as a tourist, but you’ll also have the memories of the friends you made and the new life you lived for a while.

Monday, 13 October 2008

sepi the movie

have you watched sepi the movie. it was extremely best film in malaysia this year. i watched it after i have to make an assignment on film critics. x sangka citer ni best pulak. especially the Iman part. This is the video clip sung by Yuni Shara and Aku bukan untuk mu by lah and zaf. The cast, the sound track, the cinematography, is all in good combination.

">">

Wednesday, 8 October 2008

Tuesday, 7 October 2008

raye 2008



rumahku yg serba merah. pak chu

mazni's family syita's family

pak lang and family sebelah abah. uwan pun ado


me @ school

Wednesday, 24 September 2008

balik kampung..

tommorow is the last day before living for hari raye holidays. infact tommorow a lot of my collegue has started to take a leave. me myself will going back to kuala pilah on saturday. as usual this coming raye not really happy as before my mum is arround. things like change 360 degrees. all by myself. dulu tengok jer mak masak. skrg kene masak sendiri. nyesal gak x belajar betul2. terutama cara nk buat kek kukus. padahal tiap2 tahun tolong. boleh kut kalau cuba. nasib mak ade tinggalkan buku resepi turun temurun.

x sangka raya 2004 merupakan raya yg terakhir dgn arwah mak. masa tu dier ade ckp thn depan kau tukar langsir baru ye dik..:(. waktu kuarkan barang kemas pun dier ade mention. gelang yg mak baru beli ni, kalau mak takde nnt kau amik satu along amik satu. ....if only i knew..

im sure im going to cry again this raya. tahun ni paling simple sebab beli sepasang je baju kurung. i dont have the feeling to celebrate at all. nasib baik along dgn anak2 buah balik raye ke 2. meriahlah skt rmah tu. selamat hari raya alls...




rumah baru potong rumput. dah boleh main golf..hheheh



sape2 nak singgah, dipersilakan. topi jalan yo ni.

Sunday, 21 September 2008

the preparation

letihnya balik dari jb. first time drive sorang. pegi tu dgn abah. abah bukan boleh lama tinggal rumah. sian kat kucing2 la ayam2 la x makan. sanggup naik bas balik.

diam x diam dah nak raya dah. sekejap je kan. tahun ni rasenya raye yang paling sederhana. x beli ape pun lg ni. along pun balik raye ke2. kenalah masak jugak ape yang patut raya pertama nnt. kuih beli je la nampaknya. x semangat dah nk buat. nk memikir final exam lg pas raye ni. huhu... tu yg spoil tu. mlm td pegi beli baju kurung kat metro kajang. then ternampak kedai levis factory outlet. kire harga dier murahlah banding butik biasa. pas raye la shopping suar jeans. skrg x de mood nk melaram. cukupkan syarat je la.

Monday, 15 September 2008

cuti pra raye

Esok 17 sept cuti Nuzul Quran. Selamat kerja di area selangor. dapat lah cuti sehari. Esok juga genap 3 tahun arwah mak pergi. rase baru jer. dah 2 thn sambut raye tanpa mak. Mmg rase mcm x raye jer. kalo tidak time2 ni mak mesti sibuk buat kuih raye, ajak g shoping la, suh kemas rumah la. itu semua akan menjadi kenangan yang abadi.
mum and karina



so, im going to jb tommorow. amik cuti 18,19. nk buat tahlil sikit kat rmh along. nk buat kat rumah, diaorg pulak x dapat balik. boleh jugak la shopping2 di jb nnt.


3 thn lepas, along ade hantar beberapa ekor kucing yg x dikehendaki kat rmh tu kat Bahau kira2 20km dr rmh. kire jauh gaklah. tp yang pelik bin ajaibnyer sekor telah berjaya balik semula ke rumah sabtu lepas. bayangkan 3 thn hilang dier blh balik rmh. lebih kurang mcm citer singa kat youtube hari tu gak lah ni. mmg kenal sgt dgn dier sbb ade tanda khas. x sampai ati dah nk buang2 kucing. along je yg sampai hati..lepas mandikan hensem la balik kucing tu. dulu kurus jer dier. skrg dh gemok dan tua skt. selamat hari raye abg ben! :)

Monday, 8 September 2008

hectic sunday

hi, salam ramadhan. diam x diam dah 8 hari puasa. last weekend was very hectic. i have to prepare for the mid term exam on sunday. from 8.30 am till 9.30 pm. can you just imagine, i'have only attend 2 seminar and the 3rd seminar is mid term. its really hard to catch up all the syllabus by myself. study sendiri2 dengan assignment berlambak. belum lagi preparation untuk public speaking...thats epjj. i can feel the stress now. its kinda hard. half of my class not turn up. don't know what happen to them. a few have quit. i have to break my fast at mamak stall last sunday as i have another test at 8 till 9.30 pm. the whole day im in shah alam. org balik terawih kite br nk blk rumah huhu....


nasi mamak je la..alhamdullillah


nak buka dah x yah nk study la weih..

Wednesday, 3 September 2008

selamat berpuasa

salam. hari ni dah masuk hari ke-4 umat islam berpuasa. last week a lots of things happend. hari jumaat pengumuman bajet, dapatlah bonus sebulan gaji. alhamdullilah. malam tu dptlah tgk pertandingan bunga api by team australia. mmg gempaklah. then saturday g beli sumthing..heeheh special and with someone yg lum special la lg wat masa ni. akan dtg kut..heheh.pastu hr ahad blk kg sambut puasa dgn abah. cuti merdeka thn ni jatuh hari ahad automaticlah hr isnin cuti. dapatlah rehat kat kg sekejap.

dlm byk2 gambar kat bwh ni, can you spot that special thing...:) gmbar swimming pool tu dekat pusat reakreasi air putrajaya. near picc. best tempat tu. kolam renang standard olimpik. masuk 2 henggit jer. tp makesure pakailah baju mandi yg bersesuaian

Wednesday, 27 August 2008

SURPRISE!!!

I never thought to have a surprise party. thanks to all my friends. i know im not alone now. love you all. Bukannyer kalo x celebrate tu x sayang..ingatan tu yg penting.





Happy Birthday To Me

today im 29 years old...quite old kan..however its just a number. thats mean im big enough to face this world. but year by year im getting sad on my birthday. i felt so lonely. I felt empty. no celebration, no cakes..can i celebrate alone? have you done it? but someone said if nobody reward you, then reward yourself. i think i'll do it this year even im alone. this is my fate. seeing most of my friends with their family, and love one make me more sad..ohhh god hate this feeling.

Christian the lion - youtube most watched videos

i am an animal lovers. when i first watched this video. i cried..so touched.,Animals could teach people a thing or two about love and friendship

Tuesday, 26 August 2008

Ramadhan dtg lagi

salam..

Bulan Ramadhan tinggal beberapa hari saja lg. Marilah kita menghayati bulan yang mulia ini dgn memperbnykkan amal ibadat.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
Wajib
Sunat
Makruh
Haram
Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat : a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :

a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b) Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :

1) Syarat-syarat wajib

2) Syarat-syarat sah

Syarat wajib

a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim

Syarat Sah

a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat

Rukun Puasa

a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa

a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa

a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa

a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan

a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan

b) Allah merahmati orang yang mengimaninya

c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini

d) Iblis dipenjarakan

e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.

f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

Menghormati Bulan Ramadhan

a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.

b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Qada’ Puasa Ramadhan

Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan

Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ


Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan

- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.

- Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa

Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

1) Membebaskan seorang hamba yang beriman

2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut

3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah

Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ


Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah

1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa

2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh

3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu

4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Sunday, 24 August 2008

maha 2008

Last week i went to MAHA 2008 with few of my collegue. Its already evening that time, dont have much time to visit all. just drop at the exhibition hall, ladang ternakan, and makan jer. the interesting part of course the ladang ternakan, and the smell of the boer (kambing) was soo....extremely bweekkkk...






Wednesday, 20 August 2008

flashback

like my new layout? i love this movie. have you watch it?

These pictures was taken last July during PAC meeting which held at klcc.


farewell night


us with bale bale


me and my bos?? wakakaka


me


official dinner